BEKAS isteri pemain bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi, Hiba Abouk gagal memperoleh separuh daripada kekayaannya selepas Hakimi dilaporkan tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya, lapor akhbar Sepanyol, Marca.
Menurut laporan itu, Hiba meminta separuh daripada harta dan kekayaan Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tidak mempunyai apa-apa harta atas namanya dan semua aset yang dimilikinya adalah atas nama ibunya.
Laporan itu menambah bahawa ibunya adalah penerima gajinya.
Menurut laporan oleh Morocco World News, Jun lalu, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu adalah pemain bola sepak Afrika yang keenam menerima gaji tertinggi iaitu lebih daripada AS$215,000 (RM1.1 juta) seminggu.
Hakimi menghadapi pertuduhan merogol selepas seorang wanita berusia 24 tahun melakukan dakwaan itu pada Februari lalu.
Polis membuka siasatan berhubung kes itu walaupun mangsa dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia hanya mahu 'membuat kenyataan dirogol' tanpa mengemukakan aduan rasmi.
Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.
Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu.
Hiba, dikenali Hakimi pada 2018 ketika dia beraksi untuk Dortmund di Jerman, berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.
Sumber: Agensi
Gempak
Sun Apr 16 2023
Menurut laporan akhbar Marca, ibu Achraf Hakimi adalah penerima gaji pemain bola sepak Maghribi itu. - Foto Astro GEMPAK
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
City buru khidmat Hakimi
Menurut laporan, kelab itu menyasarkan untuk merekrut Hakimi sebagai pengganti Kyle Walker yang dikatakan akan berpindah ke Bayern Munich.
Bekas isteri Achraf Hakimi gigit jari, semua harta atas nama ibu
Hiba meminta separuh daripada harta Hakimi ketika memfailkan cerai, namun dia dimaklumkan Hakimi tiada apa-apa harta atas namanya.
Piala Dunia Qatar: Aksi pemain Maghribi Achraf Hakimi kucup ibu tarik perhatian dunia
Kucupan pemain pertahanan kanan, Achraf Hakimi kepada ibunya selepas pasukan Maghribi berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2022 menarik perhatian dunia.
Madrid tidak mahu pertaruh saya - Hakimi
Pemain itu berpindah ke San Siro secara tetap selepas menghabiskan dua tahun secara pinjaman di Borussia Dortmund.
Achraf Hakimi buat penampilan pertama dengan PSG
Hakimi diberi peluang untuk memulakan permainan dalam perlawanan tidak rasmi itu di pusat latihan PSG.
Conte tidak salahkan pemain Inter selepas seri minit akhir
Inter di ambang kemenangan selepas Romelu Lukaku membuka jaringan tidak lama selepas babak kedua bersambung.